Kesultanan
Melayu Melaka
Mengikut
sejarah melayu, Parameswara yang telah membuka negeri Melaka adalah putera dari
Palembang. Pada tahun 1377, kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh kerajaan Majapahit.
Pulau Jawa dan Sumatra tunduk dibawah kuasa Kerajaan Majapahit. Pada masa itu,
Parameswara telah berkhawin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur. Namun
demikian, Parameswara enggan tunduk di bawah kuasa kerajaan Majapahit. Beliau
mengisyhtiharkan kemerdekaan secara tersendiri. Ini menimbulkan kemarahan
kerajaan Majapahit. Tentera-tentera Majapahit telah menyerang Palembang dan
Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik (Singapura). Parameswara telah
membunuh Raja Temagi dan mengambil alih memerintah Temasik selama lima tahun.
Kematian Raja Temagi menimbulkan kemarahan Kerajaan Ayuthya di Siam. Siam
mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Parameswara. Parameswara melarikan
diri ke Muar dan menetap disitu selama enam tahun. Parameswara berpindah ke
Sungai Bertam, Melaka setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk membina
petempatan yang baru.
Sejarah
meayu meriwayatkan Parameswara telah membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 dan
nama Melaka itu berasal daripada nama sejenis pokok. Parameswara dan
pengikut-pengikutnya sedang berehat di bawah pokok setelah berburu. Beliau
melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil (pelanduk) hingga terjatuh ke
dalam sungai. Parameswara mengganggap peristiwa itu suatu peristiwa ganjil lalu
memilih tempat itu untuk dijadikan kerajaan yang baru. Parameswara
mengisyhtiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah.
Perkembangan
Empayar Melaka
Melaka
muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan
Melayu.perlabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negara India
dan China. Pedagang-pedagang dari negara India dan China menjadikan Melaka
tempat persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dalam masa
yang singkat, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang paling penting di
Asia Tenggara. Ini kerana beberapa faktor, Melaka merupakan sebuah perlabuhan
semula jadi yang terselamat dari ancaman angina Monsun Timur Laut dan angina
Monsun Barat Daya. Perlabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan
pengeluaran bijih timah dan rempah ratus.
Parameswara
telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, iaitu menjual dan membei
barang dagangan. Parameswara telah membina kediaman baginda di atas bukit yang
berdekatan dengan muara Sungai Bertam. Parameswara telah menubuhkan sebuah
angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut bagi mengawasi keselamatan
para pedagang yang singgah di Melaka. Parameswara mengambil langkah menjalinkan
persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Bagi mengeakkan
serangan daripada Siam, parameswara telah menghantar ufti tahunan ke Siam.
Selain itu, parameswara menjalin hubungan persahabatan dengan Negara China.
Kemampuan Melaka menjadi sebuah
pelabuhan yang penting di dunia pada zaman ini berdasarkan kepada beberapa
faktor iaitu:
·
Kedudukan yang strategik
·
Perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh
·
Pentadbiran yang cekap dan tersusun
·
Perlaksanaan sistem cukai yang teratur
·
Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan
·
Perluasan empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan
perdagangan
·
Penggunaan mata wang dalam hal ehwal perdagangan
Sistem
Pentadbiran Kesultanan Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan