Sabtu, 4 Oktober 2014

Bab 5 ( DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA)



ISU-ISU KEPRIHATINAN     NEGARA


1)   Asean

LATAR BELAKANG ASEAN

ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS atau persatuan negara-negara asia tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 OGOS 1967 di BANGKOK dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November untuk mengeratkan lagi perpaduan antara ANGGOTA ASEAN. Selain itu, ANGGOTA ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste dan Papua New Guinea ini disebabkan Negara Timor Leste dan Papua New Guinea ialah Negara pemerhati bagi Negara ASEAN. Walaubagaimanapun, ASEAN di tubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu indonesia, malaysia, filipina, singapura dan thailand di bangkok semasa proses penandatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai DEKLARASI BANGKOK.



kandungan deklarasi bangkok:

1)   mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan di asia tenggara.
2)   Meningkatkan kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, teknik dan ilmu pengetahuan.
3)   memelihara kerjasama yang erat di tengah-tengah organisasi regional dan internasional yang ada.
4)   meningkatkan kerjasama untuk memajukan pendidikan, latihan dan penelitian di kawasan asia tenggara.



Matlamat asean ditubuhkan
Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
Negara Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah Brunei Darussalam, Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis VietNam. Penubuhan Asean mempunyai lima peranan utama dan berikut adalah dua daripadanya:

Pertama
Penubuhan sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara. Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia Tenggara- ASEAN.


Kedua

Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
-mengekalkan di rantau asia tenggara
-membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.


Faedah malaysia dalam asean

Antara faedah  Malaysia dalam ASEAN ialah dapat menjalin hubungan baik dengan Negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Selain itu, ialah penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau seperti mendapat keamanan dan kemakmuran di negara kita. Tambahan lagi, Negara kita dapat menjamin hubungan baik dengan negara serantau  serta dapat meningkatkan taraf pendidikan di Negara kita. Hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.


Ø      .

1)   OIC

LATAR BELAKANG OIC

Pertubuhan persidangan islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969. Dan bersempena dengan persidangan Dunia Islam di Rabat, Maghribi ketika sedang memuncaknya serangan ganas terhadap masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di anggotai oleh 57 buah Negara islam
Mempunyai 3 rantau (Asia, Timur Tengah dan Afrika) dimana jumlah penduduknya merupakan 1/5 daripada penduduk dunia dan mempunyai 3 buah Negara pemerhati.


Matlamat OIC

Antara matlamat OIC ialah memupuk perpaduan di kalangan Negara anggota. Selain itu, berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk serta perlu mengambil langkah bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan. Tambahan pula, ianya dapat meningkatkan perjuangan umat islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan juga perlu memastikan tempat-tempat suci dihormati dan tidak dicemari.


Faedah Malaysia dalam OIC

Dengan mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan islam (IDB).
Pinjaman ini juga dapat melaksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat. Selain itu juga, Malaysia mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu juga,
Malaysia telah mendapat penghormatan daripada Negara-Negara anggota dengan perlantikkan Tunku Abdul Rahman sebagai setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan Negara-Negara islam dan Malaysia juga disegani oleh Negara-negara islam lain atas pencapaian yang telah Malaysia dapat.
2)  KOMANWEL

Latar belakang komanwel

Komanwel ditubuhkan pada 1931 dan keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan british yang telah merdeka dan mempunyai 54 buah Negara yang maju dan yang sedang membangun. Pada tahun 1965 sekretariat KOMANWEL ditubuhkan dan ibu pejabat KOMANWEL terletak di London.

Matlamat komanwel

Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan british seperti


FAEDAH MALAYSIA DALAM KOMANWEL

Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia. Selain itu, malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Dan melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh. Tambahan pula, Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Malaysia juga bersuara menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan.



  


         1)   NAM

LATAR BELAKANG NAM

Ditubuhkan September 1961 semasa (KEMUNCAK PERANG DINGIN) dan ahli-ahli NAM merupakan sebuah yang membangun di Asia, Afrika dan Amerika selatan. Pertubuhan ini telah di anggotai seramai 113 buah Negara ianya 16 buah Negara pemerhati dan 28 buah Negara tetamu jemputan



MATLAMAT NAM

Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana blok seperti blok barat atau blok komunis. Pada tahun 1987 adanya Sidang keuncak kali ke 7 di New Delhi dan Malaysia telah membuat beberapa usul antaranya ialah :- membela kepentingan Negara yang sedang membangun seperti isu palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika.




FAEDAH MALAYSIA DALAM NAM

Mendapat penghormatan dengan menyandang jawatan sebagai naib presiden pada tahun 1989 dalam siding kemuncak nam di Belgrade Yugoslavia.



2)  PBB

LATAR BELAKANG PBB

PBB telah ditubuhkan pada 24 Okktober 1945 di Amerika Syarikat dan ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. PBB telah di anggotai oleh 191 buah Negara dan Malaysia telah menyertai PBB pada 17 september 1957 selepas mencapai kemerdekaan ini kerana untuk menjamin kedaulatan dan hak semua Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal Negara lain. Selain itu, ianya terbuka kepada semua negara yang telah merdeka.


Matlamat PBB

Matlamat PBB akan menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti Malaysia tidak akan di serang oleh mana-mana Negara kerana di bawah jagaan PBB. Selain itu, dapat menyelesaikan perselisihan dan penindasan antara Negara PBB. Dan ada Negara yang masih lagi berperang dan mungkin perlu melancarkan serangan ketenteraan disebabkan ini Malaysia menyertai PBB. Ianya juga, mewujudkan hubungan baik dan perdangangan dua hala antara Malaysia dan Negara PBB. Tambahan pula, ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan di Negara kita serta dapat melindungi hak-hak asasi manusia dan boleh menyatupadukan penduduk dunia.



FAEDAH MALAYSIA DALAM PBB

Jawatan-jawatan penting yang pernah dipegang oleh Malaysia ialah Presiden Perhimpunan Agung PBB iaitu Tan Sri Razali Ismail pada tahun 1996-1997. wakil Malaysia Pengerusi Jawatankuasa bank Dunia juga telah menentang Israel yang menzalimi Palestin pada tahun 1959. Selain itu, menghantar tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB- Kongo, Iran-Iraq, Angolia, Namibia, Iraq-Kuwait, Kemboja, Somalia, Bosnia-Herzogovina dan Timor Timur. Dan menggesa penghapusan Dasar Apartheid di Afrika Selatan(1993)seperti pengasingan antara orang kulit gelap dan kulit putih. Tambahan pula, mendesak agar Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dilaksanakan. Malaysia telah menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio Jenerio-isu alam sekitar(1992 dan 1998)




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan