Jumaat, 3 Oktober 2014

Bab 4 (Dasar Ekonomi Baru)


LATAR BELAKANG

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),
menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.



OBJEKTIF


Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah
membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


STRATEGI PELAKSANAAN


DPN akan terus mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial
dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan
perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang
lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek kritikal seperti berikut:

i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan yang saksama.

ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.

iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yangdiperolehi dari
pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

iv. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan Bandar dan luar Bandar.


v. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian
yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan Negara.

vi. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamatpenyusunan semula masyarakat; 

vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains
dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

viii.Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologisupaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.




  • DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Definisi Kebudayaan
    • keseluruhan cara hidup manusia.
    • Kepentingan kebudayaan
    • berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
·          
    • Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
    • Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
·          
    • Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
    • Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
    • Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.
    •  
  • RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.
    • Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.
    • Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya
  • 3 PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
    • Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
    • Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
    • Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan
·          
    • 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai .
    • Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya
    • Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara
    • 3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
    • Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam
·          
    • Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam
  • OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.
    • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
    • Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
  • STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
    • Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
·          
    • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
    • Memenuhi keperluan sosiobudaya
    • Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
·          
    • Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 
·          
    • Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
    • Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.
    • Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
    •     
·          
    • Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
    • Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
  • CABARAN YANG DIHADAPI
    • Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru.
    • Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.
    • Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.
  • PENUTUP
    •      Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian   kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah 
    •  
  • Contoh-contoh aktiviti yang mengalakkan perpaduan di Malaysia
    • Pendidikan
    • Sekolah wawasan
    • Sekolah kluster
    • Sekolah sukan
    • Kesenian
    • Seni suara
    • Contoh: Marhaban, Kelab kebudayaan di sekolah,
·          
    • Seni tari
    • Kelab tarian, Kelab rehlah, pertandingan tarian-contoh KAGUM IPG
    • Seni ukir
    • Khat

  • DASAR BELIA NEGARA
    • Dimulakan dengan Bahagian Perkhidmatan Belia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1953.
    • Bertujuan membimbing pergerakan belia negara
    • Penubuhan Kementerian Belia dan Sukan yang menggerakan tenaga belia menjalankan kegiatan yang berguna dan berfaedah
  • DASAR BELIA NEGARA
    • Amalkan prinsip Rukun Negara
    • Wujudkan semangat perpaduan
    • Wujudkan sifat kepimpinan yang matang
    • Galakkan penyertaan dalam proses perancangan negara
    • Bina moral tinggi
    • Capai taraf keilmuan luas dan mendalam
PRINSIP DASAR
  • DASAR BELIA NEGARA
    • Bangunkan taraf sosial dan ekonomi belia
    • Mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara
    • STRATEGI DASAR
    • Tingkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan vokasional / teknikal
    • Contohnya:- Rakan Muda
TUJUAN DASAR
  • DASAR BELIA NEGARA
    • Perniagaan
      • melahirkan usahawan2 belia.
    • Koperasi Belia
      • meninggikan tarf hidup remaja.
      • Mewujudkan organisasi perniagaan besar bercorak koperasi di peringkat nasional.
Program Belia Program Latihan
    • Latihan dan bimbingan
      • memberi kemahiran vokasional dan teknikal.
    • Cawangan Latihan dan Bimbingan
      • merancangkan aktiviti2 bercoralk latihan kemahiran.
  • Hari Belia Negara
    • Pelaksanaan
      • Hari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting generasi belia dalam membantu usaha pembangunan negara. Ia turut dilaksanakan di peringkat negeri.
      • Pada tahun 2003, pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Pameran Belia bersempena Hari Belia untuk memperagakan kejayaan-kejayaan para belia tanah air termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh para usahawan muda.





Bab 3 (KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN)

DEFINISI MASYARAKAT

 
Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.

 
Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri – meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri.

Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu. 
 
DEFINISI PERPADUAN

 
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

 
SEMENANJUNG MALAYSIA

Melayu
Cina
India
OrangAsli
Banjar
Hokien:

 Malayali

Negrito

 Boyan

Chuan-chew

 Punjabi

 Senoi

 Bugis

 Chin-chew
 Selon

 Melayu Asli

 Jawa

 Eng-hua

 Tamil


 Kampar

 Eng-choon

 Telegu


 Kerinci

 Hok-chew




 Mendaling

Kwangtung:




   Minangkabau

 Kanton





 Rawa

 Teochew





 Johor-Riau

 Hakka







 Hailam












































SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA
MASYARAKAT MELAYU
Kaum yang terbesar di Malaysia ialah orang-orang Melayu. Orang Melayu yang awal tinggal di sepanjang sungai dalam kumpulan yang agak teratur. Sejak lebih kurang 2000 tahun dahulu mereka telah berdagang dengan pedagang-pedagang China dan India. Perdagangan ini mengakibatkan munculnya kerajaan pantai yang berpengaruhkan India seperti Lembah Bujang, Gangga Negara dan Tan-tan (Treng-ganu). Lama-kelamaan kerajaan-kerajaan ini merosot kerana kebangkitan pusat-pusat perdagangan yang lebih kuat seperti Srivijaya dan Majapahit.
Lebih kurang 500 tahun dahulu Melaka telah menjadi pelabuhan yang terpenting di Asia Tenggara. Kerajaan Melaka telah menakluk seluruh Tanah Melayu. Empayar Melaka telah menyatukan Semenanjung Tanah Melayu. Agama Islam telah menjadi panduan bagi orang-orang di Melaka dan menjadi agama bagi orang-orang Melayu. Hampir semua penduduk-penduduk Semenanjung terdiri dari orang-orang Melayu. Selewat tahun 1800, 90 peratus daripada penduduk-penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, pada masa itu telah pun berlaku imigrasi penduduk-penduduk dari negara-negara Asia Tenggara yang lain ke Tanah Melayu.
MASYARAKAT CINA
Malaysia terletak di laluan perdagangan di antara India dan China. Perhubungan antara orang-orang Melayu, China dan India telah bermula sejak kira-kira 2000 tahun dahulu. Kerajaan-kerajaan Melayu di sepanjang pantai menjalankan kegiatan perdagangan  dengan orang-orang China dan India. Hubungan antara orang-orang Melayu dan China menjadi lebih erat pada era Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ini berlaku dalam kurun yang ke-l5. Terdapat pertemuan di antara pemerintah-pemerintah Melaka dan Maharaja China. Dalam tahun 1411, Parameswara, pemerintah Melaka yang pertama telah melawat Maharaja China. Baginda pergi dengan isterinya, anak dan lebih daripada 500 orang pengikutnya. Kedatangan mereka semua disambut dengan baik. Kedua-dua pemerintah itu bertukar-tukar cenderamata.
Maharaja China sangat tertarik dengan kemajuan dan kebesaran Melaka dan pemerintah-pemerintahnya. Baginda menghantar puterinya yang cantik bernama Hang Li Po, untuk mengahwini Sultan Mansur Shah. Puteri Hang Li Po datang ke Melaka dengan kira-kira 500 orang pengikut. Semua pengikutnya menetap di Melaka di sebuah tempat yang sekarang ini digelar Bukit China. Keturunan mereka digelar Baba dan Nyonya.
MASYARAKAT INDIA
Orang-orang India juga adalah kaum yang besar di Malaysia. Pada masa sekarang 10 peratus daripada penduduk-penduduk Malaysia terdiri dari orang-orang India. Kuil, muzik, panggung wayang, pakaian dan makanan India telah menjadi sebahagian dari kehidupan Malaysia. Orang-orang India membuat berbagai jenis kerja. Ada yang menjadi doktor, peguam, jurutera, guru, kerani, buruh dalam perkhidmatan awam dan juga penoreh getah di ladang-ladang getah. Ramai daripada orang-orang India di sini bekerja di ladang-ladang getah.
Ramai orang India yang tinggal di sini pada hari ini adalah dari keturunan orang-orang India yang datang ke Malaysia pada kurun yang ke-20. Perhubungan di antara orang-orang India dan Malaysia telah terjalin sejak beberapa kurun dahulu. Beberapa kumpulan kecil orang-orang India telah tinggal di sini sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Penjajahan telah menempatkan jenis pekerjaan bagi setiap kaum. Hal ini telah menyebabkan permusuhan antara kaum terjadi di Malaysia pada 13 Mei 1969.